Monday, April 27, 2009

UJIAN UBB BULAN APRIL

( Murid 5 Nilam sedang khusyuk menjawab soalan Matematik I)

Pada 26 April 2009 semua murid diseluruh PPD Tumpat menduduki ujian Bulanan Berpusat di sekolah masing-masing. Tidak terkecuali murid-murid SK Sri Tumpat 2, Ujian UBB adalah merupakan kaedah untuk menilai tahap penguasaan murid dalam pelajaran mereka.

UJian ini menggunakan soalan yang dibangunkan oleh Unit Peperiksaan MGB TUmpat sepenuhnya kecuali Tahun 6 dan Tahun 3. Bagi murid tahun 6 inilah masa untuk menilai tahap kesediaan untuk menghadapi UPSR kelak. Namun ramai murid yang masih beranggapan UPSR masih lambat. Sikap sedemikianlah yang memungkin mereka mencapai tahap yang rendah dan mendukacitakan kepada ibu bapa dan guru.

Kami para guru berdoa agar anak didik akan terus cemerlang dalam mengapai impian yang dicipta mereka.

Friday, April 24, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kami wrga SKST2 ruang waktu untuk mengadakan LDP buat kali pertama bagi sesi oersekolahan 2009. Kekangan waktu, banyak menghalang LDP untuk diadakan tepat pada waktunya.

Pada 18.04.2009 yang lalu program pertama diadakan bertempat di makmal Komputer SKST 1. Kami amat berterima kasih kepada En Hashim (Guru Besar) Sk Sri Tumpat 1 dan juga EN Rosli Penyelaras Makmal Komputer kerana memberi kami keizinan menggunakan makmal sekolah untuk tujuan LDP pihak kami. Pada Siri LDP pertama ini, program berkaitan dengan penggunaan ICT dalam P&P.

Untuk itu pihak sekolah telah menjemput Us.Adnan Ibrahim ( JU ICT) sekarang bertugas di SK Pengkalan Kubor 2 bagi menyampaikan ceramah dan tunjuk ajar dalam LDP kami adakan pada pagi ini( 8.00-10.00). Ustaz Adnan banyak menekankan kepada guru berkaitan.
I- Perlunya guru-guru melengkapkan PC dengan antivirus/anti spyware/anti spam
II- Guru juga perlu menjaga PC( perlu ada registry boot)
III- Menggunakan dengan cara yang berkesan dan berhemah

Pagi ini juga guru-guru diajar bagaimana mencari bahan P&P melalui internet, kaedah mencari, kaedah memuat turun(download) dan menggunakan bahan yang didapati.Pendek kata masa yang diberikan hampir 2 jam setengah tidak mencukupi.Insya Allah masa akan datang akan didedahkan lebih mendalam berkaitan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Bagi sesi kedua pula, guru-guru didedahkan tentang pentingnya kemahiran tulisan dan teknik penulisan yang betul dalam pembelajaran murid. En Wan Mohd Zamri Wan Abd Kadir(guru cemerlang bahasa) mengambil slot ke-2 ( jam 10.30-12.30) bagi memberi pendedahan kepada guru-guru.

Monday, April 20, 2009

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430/2009






Pada 12/3/2009 bersamaan 15 Rabiul awal yang lalu pihak sekolah telah menyambut Maulidurrasul peringkat sekolah secara sedrhana tetapi Meriah. Setiausaha kerja Us Rumaizi Mohamed telah diberi amanah untuk menyusun serta merangka program dengan diselaraskan oleh Penolong Kanan Ko En Hashim Mohamed.

Hasil kerja guru serta sumbangan ibu bapa dana yang mencukupi untuk mengadakan majlis. Seekor Lembu telah ditumbangkan oleh pihak sekolah semata-mata untuk majlis ini. majlis yang dimulai dengan ucapan serta diikuit dengan perarkan maulidurrasul dan juga tayangan kisah nabi di dewan sekolah.Tepat jam 12.00 tengahari murid-murid diberi makan tengahari dan dif jemputan diraikan di bilik yang disediakan.

Syukur Alhamdulillah ....serta terima kasih kepada semua yang menjayakan program yang mulia ini.



Sunday, April 19, 2009

Sambutan Assyura SKST2 2009/1430







Alhamdulillah , kerana warga SKST2 pada tahun ini dengan berkat kerjasama semua pihak dapat sekali mengadakan majlis Assyura peringkat sekolah. Sambutan telah diadakan pada hari Ahad mulai jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Majlis ini telah diadakan pada cuti tahun Baru China yang lalu, En Hashim Mohamed PK Ko telah dilantik sebagai ketua projek majli assyura peringkat Sekolah. Hasil Inisiatif beliau dan guru-guru , dana yang diperlukan telah mampu untuk menampung 4 kawah bubur assyura.


SRI TUMPAT 2 MENGAPAI IMPIAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sekolah. Lama juga tak menulis di blog sekolah, entahlah banyak masa dihabiskan begitu sahaja. Namun saya berazam ingin menulis semula di blog sekolah saya sebagai input kita bersama.

Saya masih mentah dalam dunia blog dan tak banyak pengalaman namun saya akan terus belajar untuk kebaikan diri saya dan sekolah saya.

Sebagai guru kita harus berkongsi maklumat, jika ada yang perlu dikongsi kita kongsi, yang kuat melammbantu yang lemah dan yang pintar membantu yang lambat. Itulah yang perlu kita amalkan untuk memajukan anak bangsa kita dan kita sendiri.

TENAGA PENGGERAK SK SRI TUMPAT 2

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 04/2009

SLIDE SHOW LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

SUASANA HARI RAYA MURID SKST2 2009/1430H

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2009

GURU SKST2 BERHARI RAYA

div align="justify">

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKST2 1430H

GAMBAR AKTIVTI IZIN ILMU UPSR 2009

MAJLIS MAULIDURRASUL SKST2 2009

Pengajaran dan Pembelajaran ( motivasi)

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 azieabadi TAJUK : CUACA