Monday, June 23, 2008

RANCANGAN OREINTASI SEKOLAH MAHASISWA UPSI 08

Pada 15.06.2008 yang lalu , warga sekolah menerima 8 orang mahasiswa dari UPSI perak yang akan menjalani latihan selama 2 minggu. Mereka terdiri dari 7 perempuan dan seorang lelaki yang kesemuanya anak tempatan.

Mereka berlapan disambut baik oleh guru besar yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat apatah lagi bakal pendidik. Mereka diberikan taklimat oleh guru besar dan penolong kanan pentadbiran.

Latihan yang akan mereka hadapi khusus bagi mendedahkan mereka kepada alam persekolahan dan pengurusan sekolah amnya. Mereka dikhendaki mengumpul data-data.gambar-gambar aktiviti sekolah, rakaman pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan sebuah jurnal pendidikan sebagai hasil kajian.Latihan ini akan berakhir pada 27.06.08. Kami warga SKST2 mengucapakan syabas dan semoga berjaya menjadi pendidik yang dedikasi.

Sunday, June 22, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI O1/08





Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah swt kerana pada 21.06.2008 yang lalu kami warga pendidik SK Sri Tumpat2 telah dapat mengadakan kursus dalam perkhidmatan kali pertama (siri 01/08) dengan jayanya.Kursus ini telah lama dirancangkan tetapi kekangan waktu dan aktiviti menyebabkan berlaku penundaan tarikh untuk dilaksanakan.


Pada sesi kursus ini yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir hampir jam 4.00 ptg telah dihadiri oleh 27 orang guru dan 2 tidak hadir kerana menjalani latihan perguruan di maktab ( guru Jqaf).
Kursus pada hari ini dimulakan dengan slot yang disampaikan sendiri oleh guru besar En.Yasim Yusoff dengan tajuk "Peranan guru Di sekolah". Banyak yang diperkatakan oleh guru besar berkaitan tugas-tugas di sekolah yang kita tanpa sedari ianya memberikan kita sebagai tugas yang memberikan pahala ibadat.

Manakala Slot ke-2 pula telah disampaikan oleh Pn Rohani Mat Penolong Kanan Pentadbiran. Tajuk yang disampaikan " Pengurusan kurikulum dan P&P di bilik darjah.
Sepanjang 2 jam ceramah disampaikan banyak input yang diberikan khusus untuk penambahbaikan penguruasan bilik darjah dan pengajaran guru di bilik darjah.Masa yang dihabiskan di sesi kursus ini benar-benar memberi manfaat kepada semua guru yang hadir.

Monday, June 2, 2008

PERAYAAN HARI GURU SKST2 2008

Setiap tahun bermula 16.05.2008 warga pendidik seluruh dinegara diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tarikh ini menjadi tarikh yang amat bermakna kepada semua guru, bermula tarikh inilah segala penat lelah guru selama ini terasa dihargai oleh para guru. Bukan hadiah dipinta dari murid atau ibu bapa tetapi rasa dihormati, dihargai dan dikenang atas pengorbanan yang dilakukan.

Warga SKST2 juga tidak ketinggalan meraikan Hari Guru peringkat Sekolah pada hari ini 20.05.2008 (selasa). Sambutan peringkat sekolah diadakan secara sederhana, bermula ditapak perhimpunan sekolah seawal jam 7.40 pagi. Pengisian dimulakan dengan ucapan En Mohd Yassin selaku guru bertugas merangkap setiausaha majlis sambutan. Diikuti Teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran yang dibaca oleh PK HEM dan Teks ucapan Menteri Pelajaran yang dibaca oleh PK Ko. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah.

Nyanyian guru Malaysia dinyanyikan seluruh warga Pendidik SKST2 dengan penuh bersemangat(gambar atas: guru SKST2 sedang menyanyikan lagu guru malaysia) .Tanpa nyanyian lagu ini rasanya tidak akan lengkap . Acara sambutan diteruskan dengan sukaneka guru dan diikuti acara dewan oleh murid dan persembahan guru berbakat.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk semua warga sekolah SKST2.

PESTA SUKANEKA SKST2 2008

Pada 15.05.2008 yang lalu, Unit Ko kurikulum sekolah telah mengadakan pesta sukaneka peringkat sekolah.Sukaneka diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.40 tengahari di dataran sekolah. Aktiviti sukaneka melibatkan penyertaan semua pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. Acara yang disusun untuk pelajar bersesuaian mengikut tahap murid-murid dari tahun 1-6.
(Gambar: pelajar tahun 2 dengan acara tarik bola dengan gelung rotan)
Pertandingan sukaneka diadakan berdasarkan rumah sukan yang mewakili rumah biru,kuning,merah dan hijau.Peramainan pula disediakan mengikut tahap murid, murid tahun 1 acara yang disediakan ialah mengupas buah limau dan memecah belon dengan punggung.Tahun 2 dan 3 pula mengisi air dalam botol menggunakan spam dan menjunjung pundi kacang berhalangan.Manakala tahun 4,5 dan 6 lebih mencabar iaitu membawa bola atas siling, menyusun pundi kacang dan menarik guni. Pasukan Kunig telah berjaya menjadi johan, hijau tempat kedua, biru ketiga dan Merah tempat keempat.Matlamat yang diharap dalam penganjuran ini tercapai dengan baik, mewujudkan semangat kekeluargaan dan kerjasama yang tinggi di kalangan guru serta murid SKST2.

TENAGA PENGGERAK SK SRI TUMPAT 2

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 04/2009

SLIDE SHOW LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

SUASANA HARI RAYA MURID SKST2 2009/1430H

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2009

GURU SKST2 BERHARI RAYA

div align="justify">

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKST2 1430H

GAMBAR AKTIVTI IZIN ILMU UPSR 2009

MAJLIS MAULIDURRASUL SKST2 2009

Pengajaran dan Pembelajaran ( motivasi)

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 azieabadi TAJUK : CUACA