Friday, October 24, 2008

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SKST2


Friday, September 5, 2008

TAZKIRAH RAMDHAN

TAZKIRAH RAMADHANRAMADHAN BULAN AL-QURAN

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah: 183 – 185.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, Karangkraf dengan kerjasama Alaf21 dan Karya Bestari menyediakan Risalah Ramadan untuk diedarkan secara percuma kepada umat Islam sekitar Lembah Kelang dan KL.
I

ni merupakan tahun ketiga kita melakukan amal jariah ini. Mudah-mudahan setiap yang terbabit sama dalam proses ia dibukukan sehinggalah diterbitkan dan diamalkan oleh umat Islam lain akan mendapat saham di akhirat kelak dan menjadi salah satu amal jariah yang tidak putus-putus pahalanya sehinggalah ke hari kiamat.
Bersama-sama ini, saya sertakan fail "Tazkirah Ramadan" dalam bentuk PDF untuk manfaat kita bersama. Diharapkan saudara-saudari yang mendapat risalah ini dapat memperpanjangkannya kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang lain. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya di dunia dan akhirat.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada TUHANmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." - Surah Ali 'Imran: 133 – 134.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi." - Hadis sahih riwayat al-Nasaai.

Tuesday, August 26, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 03/08





ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIRAKAMKAN SEMASA KURSUS




PADA 16.08.08 yang lepas iaitu pada sabtu permulaan cuti pertengahan penggal ke-2 2008, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan kursus buat kali ke-3. Kursus ini yang sepatutnya diadakan pada 09.08.08 tetapi ditunda bagi memberi laluan kepada cuti gantian sempena sambutan Aidilfitri.


Alhamdulillah kursus ini dapat berjalan dengan lancar serta sambutan guru yang memberangsangkan. Pada kali ini kursus banyak berkisar kepada penilaian sekolah kursusnya hasil penilaian yang berjalan disekolah.


Disamping itu pihak pentadbir mengadakan satu sesi khusus bagi post-mortem khusus bagi tahun 6 dan umumnya tahun 4 dan 5. Pada kursus ini juga dimaklumkan 4 murid mencatat 5A dalam percubaan UPSR yang lalu.


LDP bagi tahun ini akan diteruskan jika pihak sekolah mendapat peruntukan tambahan dari PPD atau JPN. Setakat hari ini pihak sekolah telah melaksanakan 3 kursus sebagaimana yang telah diarahkan oleh PPD dan JPN.

Tuesday, August 5, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMAATAAN SIRI 2







(KOLEKSI GAMBAR GURU PADA KURSUS SIRI 02/08 02.08.2008)



Pada 02.08.08 yang baru berlalu warga SK SriTumpat 2 sekali telah berjaya melaksanakan kursus dalam perkhidmatan buat kali ke-2 di sekolah . Tarikh sepatutnya iaitu pada 26.07.08 terpaksa ditunda kerana tarikh tersebut melibatkan sekolah gantian sebagaimana arahan kementerian Peajaran.Pada kali ini pihak sekolah mengadakan program "MENGENAL PASTI"
dan "MENYELESAI MASALAH" berkaitan pencapaian murid dalam UBB Jun yang lalu serta persiapan menghadapi UPSR akan datang.


Boleh dikatakan bahawa sambutan baik guru jelas terbukti dengan kehadiran semua guru di dalam program yang diadakan pada hari ini. Menjadi harapan semua pihak sama JPN, PPD serta pentadbir sekolah agar murid mencapai tahap penguasaan yang menepati piawai yang ditetapkan.

Sunday, July 6, 2008

DEMONSTRASI MENCEGAH KEBAKARAN DI SK SRI TUMPAT 2




Gambar di atas diambil semasa program mencegah kebakaran yang diadakan di sekolah pada 01/07/08 yang lalu pada jam 9.00 hingga 10.30 pagi. Program dijayakan oleh pihak jabatan bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor.

Disamping aktiviti kebakaran diadakan, pegawai bomba juga memberikan ceramah mencegah kebakaran kepada para pelajar yang diamapaikan oleh En Fauzi pegawai bomba Tumpat.Kempen kesedaran pencegahan kebakaran ini wajar dianjurkan oleh semua sekolah, memandangkan ia menimbulkan kesedaran kepada para pelajar.

Thursday, July 3, 2008

SEMINAR PENGHAYATAN ISLAM DAN MOTIVASI BERSAMA DR ASRAF WAJDI DATO HJ AHMAD DASUKI



Pada 28.06.2008 yang lalu, Pihak pentadbiran sekolah, PIBG dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan telah bekerjasama mengadakan seminar Penghayatan Islam kepada warga pendidik dan ibu bapa pelajar SkST2. Majlis ini telah dirancang dengan inisiatif semua pihak yang memikirkan betapa pentingnya masyarakat Islam hari ini diberi pendedahan tentang Islam yang sebenarnya.

Majlis bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari, cermah telah disampaikan oleh Dr Asrafh Wajdi Dato Ahmad dasuki Perunding Kewangan Islam Bank Negara Malaysia. Dalam sesi ceramah beliau menekankan betapa pentingnya umat Islam bersatu khususnya menghadapi zaman yang penuh dengan cabaran.Umat Islam sekarang terlalu banyak menyokong perjuangan
yang sebenarnya memberi ruang kepada musuh Islam menghancurkan Islam. Tanpa perpaduan kita akan hancur.
Beliau juga menekankan betapa umat Islam perlu menyokong dasar kerajaan khususnya dalam membangunkan ekonomi umat Islam dan sistem kewangan Islam di Malaysia. Kita tidak sepatutnya menyokong sistem perbankan yang berasaskan "Riba". Selagi umat islam menyokong sistem sebegini selagi itulah umat islam bersekongkol dengan musuh Islam.

Monday, June 23, 2008

RANCANGAN OREINTASI SEKOLAH MAHASISWA UPSI 08

Pada 15.06.2008 yang lalu , warga sekolah menerima 8 orang mahasiswa dari UPSI perak yang akan menjalani latihan selama 2 minggu. Mereka terdiri dari 7 perempuan dan seorang lelaki yang kesemuanya anak tempatan.

Mereka berlapan disambut baik oleh guru besar yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat apatah lagi bakal pendidik. Mereka diberikan taklimat oleh guru besar dan penolong kanan pentadbiran.

Latihan yang akan mereka hadapi khusus bagi mendedahkan mereka kepada alam persekolahan dan pengurusan sekolah amnya. Mereka dikhendaki mengumpul data-data.gambar-gambar aktiviti sekolah, rakaman pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan sebuah jurnal pendidikan sebagai hasil kajian.Latihan ini akan berakhir pada 27.06.08. Kami warga SKST2 mengucapakan syabas dan semoga berjaya menjadi pendidik yang dedikasi.

Sunday, June 22, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI O1/08





Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah swt kerana pada 21.06.2008 yang lalu kami warga pendidik SK Sri Tumpat2 telah dapat mengadakan kursus dalam perkhidmatan kali pertama (siri 01/08) dengan jayanya.Kursus ini telah lama dirancangkan tetapi kekangan waktu dan aktiviti menyebabkan berlaku penundaan tarikh untuk dilaksanakan.


Pada sesi kursus ini yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir hampir jam 4.00 ptg telah dihadiri oleh 27 orang guru dan 2 tidak hadir kerana menjalani latihan perguruan di maktab ( guru Jqaf).
Kursus pada hari ini dimulakan dengan slot yang disampaikan sendiri oleh guru besar En.Yasim Yusoff dengan tajuk "Peranan guru Di sekolah". Banyak yang diperkatakan oleh guru besar berkaitan tugas-tugas di sekolah yang kita tanpa sedari ianya memberikan kita sebagai tugas yang memberikan pahala ibadat.

Manakala Slot ke-2 pula telah disampaikan oleh Pn Rohani Mat Penolong Kanan Pentadbiran. Tajuk yang disampaikan " Pengurusan kurikulum dan P&P di bilik darjah.
Sepanjang 2 jam ceramah disampaikan banyak input yang diberikan khusus untuk penambahbaikan penguruasan bilik darjah dan pengajaran guru di bilik darjah.Masa yang dihabiskan di sesi kursus ini benar-benar memberi manfaat kepada semua guru yang hadir.

Monday, June 2, 2008

PERAYAAN HARI GURU SKST2 2008

Setiap tahun bermula 16.05.2008 warga pendidik seluruh dinegara diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tarikh ini menjadi tarikh yang amat bermakna kepada semua guru, bermula tarikh inilah segala penat lelah guru selama ini terasa dihargai oleh para guru. Bukan hadiah dipinta dari murid atau ibu bapa tetapi rasa dihormati, dihargai dan dikenang atas pengorbanan yang dilakukan.

Warga SKST2 juga tidak ketinggalan meraikan Hari Guru peringkat Sekolah pada hari ini 20.05.2008 (selasa). Sambutan peringkat sekolah diadakan secara sederhana, bermula ditapak perhimpunan sekolah seawal jam 7.40 pagi. Pengisian dimulakan dengan ucapan En Mohd Yassin selaku guru bertugas merangkap setiausaha majlis sambutan. Diikuti Teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran yang dibaca oleh PK HEM dan Teks ucapan Menteri Pelajaran yang dibaca oleh PK Ko. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah.

Nyanyian guru Malaysia dinyanyikan seluruh warga Pendidik SKST2 dengan penuh bersemangat(gambar atas: guru SKST2 sedang menyanyikan lagu guru malaysia) .Tanpa nyanyian lagu ini rasanya tidak akan lengkap . Acara sambutan diteruskan dengan sukaneka guru dan diikuti acara dewan oleh murid dan persembahan guru berbakat.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk semua warga sekolah SKST2.

PESTA SUKANEKA SKST2 2008

Pada 15.05.2008 yang lalu, Unit Ko kurikulum sekolah telah mengadakan pesta sukaneka peringkat sekolah.Sukaneka diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.40 tengahari di dataran sekolah. Aktiviti sukaneka melibatkan penyertaan semua pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. Acara yang disusun untuk pelajar bersesuaian mengikut tahap murid-murid dari tahun 1-6.
(Gambar: pelajar tahun 2 dengan acara tarik bola dengan gelung rotan)
Pertandingan sukaneka diadakan berdasarkan rumah sukan yang mewakili rumah biru,kuning,merah dan hijau.Peramainan pula disediakan mengikut tahap murid, murid tahun 1 acara yang disediakan ialah mengupas buah limau dan memecah belon dengan punggung.Tahun 2 dan 3 pula mengisi air dalam botol menggunakan spam dan menjunjung pundi kacang berhalangan.Manakala tahun 4,5 dan 6 lebih mencabar iaitu membawa bola atas siling, menyusun pundi kacang dan menarik guni. Pasukan Kunig telah berjaya menjadi johan, hijau tempat kedua, biru ketiga dan Merah tempat keempat.Matlamat yang diharap dalam penganjuran ini tercapai dengan baik, mewujudkan semangat kekeluargaan dan kerjasama yang tinggi di kalangan guru serta murid SKST2.

Sunday, May 25, 2008

MESYUARAT PIBG TAHUN 2008





Pada 17.05.2008 yang baru berlalu pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat Agung Pertama bagi tahun 2008. Mesyuarat ini adalah bagi mewujudkan pemuafakatan antara sekolah dan ibu bapa khususnya






Sambutan amat menggalakkan, kehadiran ibu bapa melebihi 80% dan rata-rata kaum ibu lebih rajin menghadiri program sebegini berbanding kaum bapa. Mungkin disebabkan kaum bapa terterpaksa bekerja mencari rezki.


Sebagai warga pendidik kehadiran amat penting bagi menyatakan sokongan kepada pentadbiran sekolah. Sekolah tidak dapat mewujudkan suasana yang kondusif tanpa kerjasama ibu bapa, ibu bapa pula tak akan dapat hasil yang baik tanpa pengorbanan guru. Oleh itu semua pihak harus berganding bahu untuk melahirkan insan cemerlan



Saturday, May 10, 2008

MESYUARAT PIBG TAHUN 2008

Mesyuarat PIBG SKST2 akan diadakan bagi tahun ini pada 17.05.2008 bertempat di dewsan sekolah. Sokongan ibu bapa amat diperlukan bagi menjayakan majlis yang akan diadakan. Kita warga sekolah khususnya para guru amat memerlukan kerjasama daripada ibu bapa dalam melaksanakan program.

Hubungan dan pemuafakatan semua amat penting dalam menjayakan agenda sekolah, terutamanya programm peningkatan kecemerlangan murid. Kita akaui hari ini tanpa sokongan kewangan kita tidak mampu menggerakkan apa-apa program yang berteraskan kecemerlangan. Ini setiap masa dan kerahan tenaga harus diberi ganjaran bagi memberi impak yang baik kepada setiap yang dirancangkan.

MAJLIS SAMBUTAN GURU BESAR BARU SKST2


Pada 21 April yang lalu warga SKST (2) telah mengadakan majlis menyambut guru besar dan PK ko yang baru . Kami warga SKST2 hampir sebulan kehilangan guru besar dan PK-Ko, dengan kedatangan kedua-dua pentadbir memberikan kami nafas baru dlam pentadbiran skst2.

Majlis telah diatur rapi oleh kelab guru skst2 beserta badan disiplin sekolah. Majlis sambutan diadakan secara sederhana memandangkan suasana sekolah skst2 yang mengamalkan budaya sederhana bersesuaian dengan buaya hidup islam. Semoga SKST2 akan terus maju dibawah pentadbiran baru.Semoga SKST2 cemerlang 2008.

TENAGA PENGGERAK SK SRI TUMPAT 2

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 04/2009

SLIDE SHOW LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

SUASANA HARI RAYA MURID SKST2 2009/1430H

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2009

GURU SKST2 BERHARI RAYA

div align="justify">

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKST2 1430H

GAMBAR AKTIVTI IZIN ILMU UPSR 2009

MAJLIS MAULIDURRASUL SKST2 2009

Pengajaran dan Pembelajaran ( motivasi)

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 azieabadi TAJUK : CUACA