Friday, November 20, 2009

KEPUTUSAN UPSR SKST2 2009 PENUH KECEMERLANGAN

WAJAH-WAJAH MEREKA YANG BERJAYA:


PADA PAGI INI TEPAT JAM 10.40 PAGI GURU BESAR DAN WARGA SKST2 MERAIKAN KEJAYAAN UPSR 2009 BERSAMA MURID-MURID DAN IBU BAPA YANG HADIR.PADA TAHUN INI SEKOLAH TELAH MELAHIRKAN 11 PELAJAR 5A BERBANDING PADA TAHUN LEPAS HANYA 4 ORANG SAHAJA.

SUASANA GEMBIRA DAN SEDIH MENGIRINGI MAJLIS YANG DIADAKAN. iBU BAPA YANG HADIR TERHARU ATAS KEJAYAAN ANAK-ANAK MASING-MASING. bAGI PIHAK SEKOLAH IA SUDAH BERBALOI DENGAN APA YANG TELAH DILAKUKAN SELAMA INI.

IBU BAPA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU KERANA MEMBANTU ANAK MEREKA BERJAYA DALAM UPSR.DALAM UCAPAN GURU BESAT JUGA , ADA MENYATAKAN BAHAWA KECEMERLANGAN MURID-MURID ADALAH BERKAT USAHA SAMA IBU BAPA DAN GURU SERTA MURID ITU SENDIRI.TANPA KERJASAMA SEMUA PIHAK MAKA KITA AKAN GAGAL MENCAPAI SESUATU USAHA YANG DILAKAUKAN.
TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA.

Sunday, November 15, 2009

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 2009

PADA HARI INI MAJLIS PERPISAHAN BAGI MURID TAHUN 6 TELAH DIADAKAN DENGAN KERJASAMA KEDUA-DUA GURU KELAS 6 NILAM DAN 6 ZAMRUD IAITU EN WAN MOHD ZAMRI(6N) DAN PN ROSLINDAWATI(6Z).

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALUAN OLEH WAKIL MURID DAN DIIKUTI UCAPAN YANG BERUSAHA EN YASIM YUSOFF(GURU BESAR).MAJLIS DIDAKAN DENGAN PENUH MERIAH DAN HIDANGAN YANG MENYELERAKAN.

JAMUAN TAHUNAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS 2009



JAMUAN AKHIR PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS TELAH DIADAKAN PADA 11.NOVEMBER 09 YANG LALU. jAMUAN INI MERUPAKAN ACARA TAHUNAN KEDUA-DUA BADAN PENGAWAS SEKOLAH YANG
DITERAJUI OLEG EN WAN MOHD ZAMRI DAN PN NISAH.

SUASANA JAMUAN AKHIR TAHUN 5 NILAM 2009



JAMUAN AKHIR TAHUN 5 NILAM TELAH DIADAKAN HASIL USAHA MURID DAN GURU KELAS US RUMAIZI MOHAMED. KEWANGAN ADALAH HASIL SIMPANAN MURID PADA SETIAP MINGGU BERMULA
AWAL TAHUN LAGI.

TARIKH : 10. NOVEMBER 2009( SELASA)
MASA : 10.40 PAGI
TEMPAT : KELAS 5 NILAM
MENU UTAMA: NASI MINYAK /AYAM MERAH/AIR BANDUNG/KEK COKLAT/TEMBIKAI
AGAR-AGAR (SYMBANGAN SYAMIMI YAACOB)
LAIN-LAIN GULA-GULA/SNEK DSB

SELAMAT MENJAMU SELERA............AMIN

Thursday, October 1, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI GURU SKST2 2009/1430H

Pada 01/10/2009 yang baru berlalu, semua warga menyambut Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh keceriaan.

Murid-murid berpakaian serba baru serta berwarna-warni. ajah mereka penuh kegembiraan.Begitu juga dengan para guru, lengkap dengan baju melayu bersamping dan berbatik serta membawa juadah yang sungguh menyelerakan.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan perhimpunan sekolah.Ucapan selamat hari raya daripada wakil guru dan guru besar. Diikuti pula dengan beberapa program yang diadakan di dalam kelas dan dewan.

Sunday, September 27, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Mesyuarat guru pada 16.09.2009 telah bersetuju untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah seperti masa berikut

Tarikh : 01 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan SKST2.

Semua murid hadir ke sekolah seperti biasa dan berpakaian sebagaimana sambutan Hari Raya
Aidilfitri.

سلامة هاري راي عيدالفطري
معاف ظهير باطين

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA KAUM MUSLIMIN



KAMI WARGA SKST2 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
BUAT SEMUA
GURU, KAKITANGAN, MURID-MURID , IBU BAPA SERTA KAUM
MUSLIMIN SELURUH
NEGARA. SEMOGA AIDILFITRI TAHUN INI LEBIH CERIA BERBANDING TAHUN LALU.
MAAF ZAHIR BATIN.

Thursday, September 17, 2009

MAJLIS IZIN ILMU











Pada 06.09.09 pihak sekolah telah mengadakan majlis Izin Ilmu murid UPSR tahun 2009. Majlis ini diadakan bagi memberi semangat dan restu guru kepada semua murid yang akan menduduki UPSR pada 8 hingga 10.09.2009 akan datang.

Disamping itu juga, pihak sekolah melalui guru besar juga memberi saguhati berbentuk alat tulis kepada semua murid. Sumbangan ini adalah atas keperihatinan pihak pentadbiran sekolah kepada semua murid.










Wednesday, September 9, 2009

BULAN MERDEKA





Tahun ini merupakan tahun ke 52 negara kita menyambut kemerdekaan. Saban tahun kita diseru agar bersemangat patriotik dengan mengibarkan jalur gemilang. Namun apa yang kita saksikansaban hari semangat ini telah hilang. Rakyat Malaysia kalau tidak dimotivasi , digalakkan dan diberikan bendera percuma, mereka amat kurang menyedari hal-hal berkaitan patriotisme.
Kerajaan terpaksa melancarkan kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa kita perlu cintakan negara. Hal-hal begini hanya tertumpu kepada orang melayu sahaja, sedangkan bangsa lain begitu hambar meraikan kemerdekaan. Semangat Cintakan negara begitu kurang pada generasi
abad ke 20 ini. Entah di mana silapnya, mungkinkah sistem pendidikan atau amalan politik atau
mungkin sikap dalam diri masing-masing.
Namun bagi Pentadbir Sk Sri Tumpat 2 ,begitu prihatin dan bersemangat mengibarkan bendera
sebagai tanda cintakan negara. Ini perlu agar dapat menyemai semangat patriotisme kapada
anak-anak murid di sekolah. Penyemaian semangat cintakan negara perlu bermula di peringkat
umur rendah. Insya Allah suatu hari nanti mereka akan jadi rakyat yang berguna.

LAWATAN PENGARAH PELAJARAN KELANTAN













Pada pagi 10.10.2009 Pengarah Pelajaran Kelantan singgah seketika di SK sri Tumpat 2 meninjau perjalanan peperiksaan UPSR. Beliau sampai lebih kurang jam 8.40 pagi. Tn Hj Ghazali begitu prihatin kepada perkembangan pendidikan di Kelantan khususnya.


Beliau sempat melawat murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan dan juga bertanya khabar kepada guru besar berhubung prestasi murid-murid dan juga kema juan binaan bangunan baru .

Thursday, September 3, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KWAMP 2010





















Mesyuarat KWAMP bagi 21010 telah diadakan sebagaimana berikut::
Tarikh : 02.09.2009
Hari : Rabu
Masa : 9.00 hingga 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKST2
Kehadiran mesyuarat:
1. Semua guru kelas tahun 1-5.
2. Guru Besar dan PK HEM
3. Setiausaha KWAMP sekolah
4. Pengerusi dan AJK PIBG ( 4 orang)
5. PPM(penghulu) 5 orang yang hadir.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyemak dan meneliti maklumat penerima bantuan agar ada yang sepatutnya menerima tetapi tercicir. Oleh itu mesyuarat ini khusus untuk membantu
pihak sekolah bagi melicinkan pengurusan KWAMP dengan lebih berkesan.















Sunday, August 16, 2009

WAJAH- WAJAH HARAPAN SKST2 UPSR 2009

Pihak Pentadbir dan Warga sekolah merasa bangga terhadap pencapaian cemerlang pelajar SKST2 dalam peperiksaan Percubaan yang baru berlalu. Hasil tungkus para guru tahun 6, keputusan menunjukkan peningkatan dari 6 orang 5A dalam peperiksaan yang lalu kepada 7A ,manakala peratus kelulusan telah meningkat dari 45 %
kepada 53.33 %.




( pelajar 6 Nilam yang mendapat 5A dalam Percubaan UPSR 09)

( pelajar 6 Nilam yang mendapat 4A 1B dalam percubaan UPSR 09
Kami para guru berdoa agar murid-murid yang berjaya akan terus mencapai kejayaan, manakala yang belum mencapainya , agar terus berusaha tanpa jemu insya Allah akan berjaya.




KEPUTUSAN PERCUBAAN UPSR 2009

Pada minggu lepas bermula 10 hingga 12 .8.09 seluruh PPD tumpat mengadakan peperiksaan percubaan UPSR. Begitu juga seluruh Kelantan peperiksaan yang sama diadakan serentak.Kami warga pendidik SKST2 mendoakan agar murid-murid mendapat kejayaan.

Pada UBB pertengahan tahun seramai 6 orang murid mencapai 5A d peratus kelulusan semua mata pelajaran masih berada bawah 50 %.


Pada hari ini 16.08.2009, setelah selepas selesai menganalisa data keputusan ujian Percubaan UPSR 2009. Pihak sekolah merasa cukup gembira apabila berlaku peningkatan keputusan berbanding keputusan UBB yang lalu.

Seramai 7 0rang murid mendapat 5A
7 orang murid mendapat 4A
Peratus kelulusan meningkat kepada 53.33%.
Mungkin inilah berkat kesabaran guru mendidik murid tanpa penat dan jemu. Siang malam guru
mengadakan kelas tambahan untuk meningkatkan kecemerlangan murid.

SOLAT HAJAT TAHUN 6 UPSR 2009

KOLEKSI GAMBAR

SUASANA MURID TAHUN 6 SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT HAJAT









Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan kekuatan dan kemampuan kepada kami warga pendidik SKST2 untuk meneruskan tanggungjawab mendidik anak bangsa dalam mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Pihak sekolah mulai 01.08.09 yang lalu mula mengadakan program solat hajat kepada murid tahun 6 setiap hari selasa , rabu dan khamis mulai jam 7.40 pagi. Program ini dikendalikan secara bergilir oleh Us. Rumaizi, Us Mohamad dan Us Khairul hakimin.Di samping dibantu oleh guru lain yang tidak ada kelas pada waktu tersebut.
Mudah-mudahan Allah swt mengkabulkan doa kami dan tercapai hajat kami ingin mencapai 18 orang 5A atau setidak-tidaknya mencapai keputusan melebihi 50 % murid lulus semua mata pelajaran. Insya Allah berjaya.


Tuesday, June 16, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 02/2009

( Guru Besar Menyampaikan ucapan aluan sebelum kursus dimulakan )



( Asyik guru mencatat apa yang disampaikan oleh Penceramah kursus pada kali ini)


Pada 30 mei 2009 (Sabtu) sekali lagi Unit Latihan berasaskan sekolah SK Sri Tumpat 2 berjaya mengadakan
kursus dalaman atau dipanggil Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pada kali ini fokus latihan adalah menjurus kepada masalah pengurusan murid sama ada di dalam kelas semasa P&P atau di luar kelas. Penceramah yang menyampaikan LDP pada kali ini ialah EN Hashim Ismail (PK HEM) sekolah.

Semua guru hadir kecuali 2 orang kerana cuti bersalin dan menghadiri kursus. Kursus ini berjaya menerap kebolehan mengurus murid yang bermasalah dan bagaimana cara untuk mengatasainya. Tumpuan diberikan
khusus kepada murid yang malas dan kurang aktif dalam pembelajaran.

Wednesday, May 27, 2009

HARI GURU SKST2 2009







Pada 21.05.2009 ( Khamis) pihak sekolah telah menyambut hari guru peringkat sekolah. Sambutan pada tahun ini disambut dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Seperti biasa sambutan akan dimulakan dengan ucapan dan nyanyian Lagu Hari guru.

Program diatur merangkumi acara luar dan dalam dewan.Di atas sebahagian gambar sambutan Hari guru di tapak perhimpunan sekolah.Semoga guru dapat menjalankan tanggungjawab mendidik anak murid menjadi bangsa yang cemerlang
" GURU PEMBINA BANGSA CEMERLANG"

PROGRAM GOTONG ROYONG SKST 2 2009




(Gambar sebahagian murid tahun 4-6 mengikuti gotong-royong membersih kubur)






( Gambar atas sebahagian murid sedang mencuci kelas dan kawasan longkang sekolah)


Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah swt kerana diberi kemudahan kepada pihak sekolah untuk menjayakan
satu program yang digalakkan oleh Kementerian Pelajaran melalui mata pelajaran Sivik dan Kewargenegaraan.
Dalam subjek ini diterapkan satu budaya yang semakin hilang dalam masyarakat kita hari ini iaitu amalan gotong royong atau dipanggil juga program khidmat masyarakat.

Melalui program ini, murid-murid didedahkan kepada sikap kerjasama dan amalan menjaga kebersihan diri alam dan alam persekitaran . Hal ini ditekankan berikutan meningkatnya wabak aedes dalam negara kita buat masa ini.
Oleh itu pihak sekolah telah mengatur dua program yang sama dan dijalankan secara berasingan.

Mesyuarat panatia Sivik dengan kerjasama unit pendidikan Islam sekolah telah bersetuju menetapkan sebagaimana berikut:

Tarikh : 16.05.2009 ( Sabtu) membersihkan kawasan sekolah.
23.05.2009(Sabtu) membersihkan kawasan Kubur Datu Dalam Rhu Tumpat.

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Kumpulan sasaran murid pulak hanya murid tahun 4, 5 dan 6 seramai 172 orang. Manakala tahun 1,2 dan3 pula
terlibat dengan kem bestari solat pada 23.05.2009.

TENAGA PENGGERAK SK SRI TUMPAT 2

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 04/2009

SLIDE SHOW LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

SUASANA HARI RAYA MURID SKST2 2009/1430H

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2009

GURU SKST2 BERHARI RAYA

div align="justify">

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKST2 1430H

GAMBAR AKTIVTI IZIN ILMU UPSR 2009

MAJLIS MAULIDURRASUL SKST2 2009

Pengajaran dan Pembelajaran ( motivasi)

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 azieabadi TAJUK : CUACA