Friday, April 24, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kami wrga SKST2 ruang waktu untuk mengadakan LDP buat kali pertama bagi sesi oersekolahan 2009. Kekangan waktu, banyak menghalang LDP untuk diadakan tepat pada waktunya.

Pada 18.04.2009 yang lalu program pertama diadakan bertempat di makmal Komputer SKST 1. Kami amat berterima kasih kepada En Hashim (Guru Besar) Sk Sri Tumpat 1 dan juga EN Rosli Penyelaras Makmal Komputer kerana memberi kami keizinan menggunakan makmal sekolah untuk tujuan LDP pihak kami. Pada Siri LDP pertama ini, program berkaitan dengan penggunaan ICT dalam P&P.

Untuk itu pihak sekolah telah menjemput Us.Adnan Ibrahim ( JU ICT) sekarang bertugas di SK Pengkalan Kubor 2 bagi menyampaikan ceramah dan tunjuk ajar dalam LDP kami adakan pada pagi ini( 8.00-10.00). Ustaz Adnan banyak menekankan kepada guru berkaitan.
I- Perlunya guru-guru melengkapkan PC dengan antivirus/anti spyware/anti spam
II- Guru juga perlu menjaga PC( perlu ada registry boot)
III- Menggunakan dengan cara yang berkesan dan berhemah

Pagi ini juga guru-guru diajar bagaimana mencari bahan P&P melalui internet, kaedah mencari, kaedah memuat turun(download) dan menggunakan bahan yang didapati.Pendek kata masa yang diberikan hampir 2 jam setengah tidak mencukupi.Insya Allah masa akan datang akan didedahkan lebih mendalam berkaitan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Bagi sesi kedua pula, guru-guru didedahkan tentang pentingnya kemahiran tulisan dan teknik penulisan yang betul dalam pembelajaran murid. En Wan Mohd Zamri Wan Abd Kadir(guru cemerlang bahasa) mengambil slot ke-2 ( jam 10.30-12.30) bagi memberi pendedahan kepada guru-guru.

No comments:

Post a Comment

TENAGA PENGGERAK SK SRI TUMPAT 2

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 04/2009

SLIDE SHOW LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

SUASANA HARI RAYA MURID SKST2 2009/1430H

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2009

GURU SKST2 BERHARI RAYA

div align="justify">

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKST2 1430H

GAMBAR AKTIVTI IZIN ILMU UPSR 2009

MAJLIS MAULIDURRASUL SKST2 2009

Pengajaran dan Pembelajaran ( motivasi)

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 azieabadi TAJUK : CUACA