Sunday, June 22, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI O1/08





Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah swt kerana pada 21.06.2008 yang lalu kami warga pendidik SK Sri Tumpat2 telah dapat mengadakan kursus dalam perkhidmatan kali pertama (siri 01/08) dengan jayanya.Kursus ini telah lama dirancangkan tetapi kekangan waktu dan aktiviti menyebabkan berlaku penundaan tarikh untuk dilaksanakan.


Pada sesi kursus ini yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir hampir jam 4.00 ptg telah dihadiri oleh 27 orang guru dan 2 tidak hadir kerana menjalani latihan perguruan di maktab ( guru Jqaf).
Kursus pada hari ini dimulakan dengan slot yang disampaikan sendiri oleh guru besar En.Yasim Yusoff dengan tajuk "Peranan guru Di sekolah". Banyak yang diperkatakan oleh guru besar berkaitan tugas-tugas di sekolah yang kita tanpa sedari ianya memberikan kita sebagai tugas yang memberikan pahala ibadat.

Manakala Slot ke-2 pula telah disampaikan oleh Pn Rohani Mat Penolong Kanan Pentadbiran. Tajuk yang disampaikan " Pengurusan kurikulum dan P&P di bilik darjah.
Sepanjang 2 jam ceramah disampaikan banyak input yang diberikan khusus untuk penambahbaikan penguruasan bilik darjah dan pengajaran guru di bilik darjah.Masa yang dihabiskan di sesi kursus ini benar-benar memberi manfaat kepada semua guru yang hadir.

No comments:

Post a Comment

TENAGA PENGGERAK SK SRI TUMPAT 2

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 04/2009

SLIDE SHOW LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

SUASANA HARI RAYA MURID SKST2 2009/1430H

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2009

GURU SKST2 BERHARI RAYA

div align="justify">

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKST2 1430H

GAMBAR AKTIVTI IZIN ILMU UPSR 2009

MAJLIS MAULIDURRASUL SKST2 2009

Pengajaran dan Pembelajaran ( motivasi)

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 azieabadi TAJUK : CUACA