Tahun ini merupakan tahun ke 52 negara kita menyambut kemerdekaan. Saban tahun kita diseru agar bersemangat patriotik dengan mengibarkan jalur gemilang. Namun apa yang kita saksikansaban hari semangat ini telah hilang. Rakyat Malaysia kalau tidak dimotivasi , digalakkan dan diberikan bendera percuma, mereka amat kurang menyedari hal-hal berkaitan patriotisme.
Kerajaan terpaksa melancarkan kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa kita perlu cintakan negara. Hal-hal begini hanya tertumpu kepada orang melayu sahaja, sedangkan bangsa lain begitu hambar meraikan kemerdekaan. Semangat Cintakan negara begitu kurang pada generasi
abad ke 20 ini. Entah di mana silapnya, mungkinkah sistem pendidikan atau amalan politik atau
mungkin sikap dalam diri masing-masing.
Namun bagi Pentadbir Sk Sri Tumpat 2 ,begitu prihatin dan bersemangat mengibarkan bendera
sebagai tanda cintakan negara. Ini perlu agar dapat menyemai semangat patriotisme kapada
anak-anak murid di sekolah. Penyemaian semangat cintakan negara perlu bermula di peringkat
umur rendah. Insya Allah suatu hari nanti mereka akan jadi rakyat yang berguna.
No comments:
Post a Comment