SUASANA MURID TAHUN 6 SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT HAJAT
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan kekuatan dan kemampuan kepada kami warga pendidik SKST2 untuk meneruskan tanggungjawab mendidik anak bangsa dalam mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Pihak sekolah mulai 01.08.09 yang lalu mula mengadakan program solat hajat kepada murid tahun 6 setiap hari selasa , rabu dan khamis mulai jam 7.40 pagi. Program ini dikendalikan secara bergilir oleh Us. Rumaizi, Us Mohamad dan Us Khairul hakimin.Di samping dibantu oleh guru lain yang tidak ada kelas pada waktu tersebut.
Mudah-mudahan Allah swt mengkabulkan doa kami dan tercapai hajat kami ingin mencapai 18 orang 5A atau setidak-tidaknya mencapai keputusan melebihi 50 % murid lulus semua mata pelajaran. Insya Allah berjaya.
No comments:
Post a Comment