Pada 15.06.2008 yang lalu , warga sekolah menerima 8 orang mahasiswa dari UPSI perak yang akan menjalani latihan selama 2 minggu. Mereka terdiri dari 7 perempuan dan seorang lelaki yang kesemuanya anak tempatan.
Mereka berlapan disambut baik oleh guru besar yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat apatah lagi bakal pendidik. Mereka diberikan taklimat oleh guru besar dan penolong kanan pentadbiran.
Latihan yang akan mereka hadapi khusus bagi mendedahkan mereka kepada alam persekolahan dan pengurusan sekolah amnya. Mereka dikhendaki mengumpul data-data.gambar-gambar aktiviti sekolah, rakaman pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan sebuah jurnal pendidikan sebagai hasil kajian.Latihan ini akan berakhir pada 27.06.08. Kami warga SKST2 mengucapakan syabas dan semoga berjaya menjadi pendidik yang dedikasi.
Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment