Sunday, September 27, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Mesyuarat guru pada 16.09.2009 telah bersetuju untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah seperti masa berikut

Tarikh : 01 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan SKST2.

Semua murid hadir ke sekolah seperti biasa dan berpakaian sebagaimana sambutan Hari Raya
Aidilfitri.

سلامة هاري راي عيدالفطري
معاف ظهير باطين

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA KAUM MUSLIMIN



KAMI WARGA SKST2 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
BUAT SEMUA
GURU, KAKITANGAN, MURID-MURID , IBU BAPA SERTA KAUM
MUSLIMIN SELURUH
NEGARA. SEMOGA AIDILFITRI TAHUN INI LEBIH CERIA BERBANDING TAHUN LALU.
MAAF ZAHIR BATIN.

Thursday, September 17, 2009

MAJLIS IZIN ILMU











Pada 06.09.09 pihak sekolah telah mengadakan majlis Izin Ilmu murid UPSR tahun 2009. Majlis ini diadakan bagi memberi semangat dan restu guru kepada semua murid yang akan menduduki UPSR pada 8 hingga 10.09.2009 akan datang.

Disamping itu juga, pihak sekolah melalui guru besar juga memberi saguhati berbentuk alat tulis kepada semua murid. Sumbangan ini adalah atas keperihatinan pihak pentadbiran sekolah kepada semua murid.










Wednesday, September 9, 2009

BULAN MERDEKA





Tahun ini merupakan tahun ke 52 negara kita menyambut kemerdekaan. Saban tahun kita diseru agar bersemangat patriotik dengan mengibarkan jalur gemilang. Namun apa yang kita saksikansaban hari semangat ini telah hilang. Rakyat Malaysia kalau tidak dimotivasi , digalakkan dan diberikan bendera percuma, mereka amat kurang menyedari hal-hal berkaitan patriotisme.
Kerajaan terpaksa melancarkan kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa kita perlu cintakan negara. Hal-hal begini hanya tertumpu kepada orang melayu sahaja, sedangkan bangsa lain begitu hambar meraikan kemerdekaan. Semangat Cintakan negara begitu kurang pada generasi
abad ke 20 ini. Entah di mana silapnya, mungkinkah sistem pendidikan atau amalan politik atau
mungkin sikap dalam diri masing-masing.
Namun bagi Pentadbir Sk Sri Tumpat 2 ,begitu prihatin dan bersemangat mengibarkan bendera
sebagai tanda cintakan negara. Ini perlu agar dapat menyemai semangat patriotisme kapada
anak-anak murid di sekolah. Penyemaian semangat cintakan negara perlu bermula di peringkat
umur rendah. Insya Allah suatu hari nanti mereka akan jadi rakyat yang berguna.

LAWATAN PENGARAH PELAJARAN KELANTAN













Pada pagi 10.10.2009 Pengarah Pelajaran Kelantan singgah seketika di SK sri Tumpat 2 meninjau perjalanan peperiksaan UPSR. Beliau sampai lebih kurang jam 8.40 pagi. Tn Hj Ghazali begitu prihatin kepada perkembangan pendidikan di Kelantan khususnya.


Beliau sempat melawat murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan dan juga bertanya khabar kepada guru besar berhubung prestasi murid-murid dan juga kema juan binaan bangunan baru .

Thursday, September 3, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KWAMP 2010





















Mesyuarat KWAMP bagi 21010 telah diadakan sebagaimana berikut::
Tarikh : 02.09.2009
Hari : Rabu
Masa : 9.00 hingga 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKST2
Kehadiran mesyuarat:
1. Semua guru kelas tahun 1-5.
2. Guru Besar dan PK HEM
3. Setiausaha KWAMP sekolah
4. Pengerusi dan AJK PIBG ( 4 orang)
5. PPM(penghulu) 5 orang yang hadir.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyemak dan meneliti maklumat penerima bantuan agar ada yang sepatutnya menerima tetapi tercicir. Oleh itu mesyuarat ini khusus untuk membantu
pihak sekolah bagi melicinkan pengurusan KWAMP dengan lebih berkesan.















TENAGA PENGGERAK SK SRI TUMPAT 2

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 04/2009

SLIDE SHOW LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 01/2009

SUASANA HARI RAYA MURID SKST2 2009/1430H

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2009

GURU SKST2 BERHARI RAYA

div align="justify">

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKST2 1430H

GAMBAR AKTIVTI IZIN ILMU UPSR 2009

MAJLIS MAULIDURRASUL SKST2 2009

Pengajaran dan Pembelajaran ( motivasi)

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 azieabadi TAJUK : CUACA